Friday, February 27, 2009

balai cerap....utm


huhu...duduk 2 tahn kat sini x pernah smpi balai cerap, ni br pertama kali pergi n bawak 2 orgbdk kazastan....huhu..fgner student...bdk2 tu dua2 nama aigul...mmm...aigul,aigul...
ade sharan..kak bibi, sya, aigul n aigul also me...

ehh.....spe yg gelap sebelah sy ni....ahakss....

lps exam...


minggu ni br exam 1 paper...tuk sem 1 master ni...sume org dah jd giler....ntah ape kene ntah seronok semacam...tangkap gmbar mcm dah hbs sem n hbs paper yg akhir...gmbr2 kat atas ni classmate...hehe byk nya org luar, rse mcm dok ngara org plak...

Tuesday, February 24, 2009

Kerja........

sekarang ni aku dah ade keje baru....aku dah jd pembantu DR Azizah...senang jer keje nya..Dr Azizah pun baik orgnya....sekarang aku kene pandai bahagi kan masa aku tuk balajar, asgmnt, test n keje....aku akan keje masa aku xde kelas..malam aku akan wat asgmnt @ discussion @ blajar @ sembang2 huhu xde masa da...akan aku penuhi masa aku dgn keje, keje, keje senang...aku xde nak igt bneda lain, lain dari keje....dan ni sume mehindarkan diri dari termenung, termenung, termenung....

Tuesday, February 17, 2009

Pengalaman...sukarnya buat keputusan...

mm...penat klu nak pikir buat keputusan ...bkn senang nak buat keputusan,mcm2 kite fikir...mgkin benar kate dia yang aku x bleh buat keputusan tuk diri sendiri...kecewa, sedih...mcm2 perasaan yg wujud...tiba2 dia menyepi tanpa khabar berita...mgkin ni sume salah aku...aku pahm kenapa dia buat begitu....siapa nak teruskan hubungan yg tiada kata putus nya....mungkin ini takdirnya ia wujud sebgai kenangan dalam hidup...aku sendiri pun x phm knp aku x blh buat keputusan itu, bagaikan ia terlalu besar bebannya jika aku membuat keputusan...salah kah aku klu aku sendiri pun xth ape prsaan yg ada dalam ht ni....sesungguhnya aku memohon pertunjuk mu dan beri kan ketabahan pada aku dan dia tuk menempuhi masalh ni...amin..


Ya Allah Ya Tuhanku, seadainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku. satukanlah hatinya dengan hatiku.titipkan lah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi. Kau berikanlah aku petunjuk yang mana lebih terbaik untukku pilih di masa ini dan masa akan datang. Amin Ya Rabbal a'alamin.

Bila Kawan jadi Kekasih

for everyone
Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta. Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?

MENUKAR perhubungan kawan kepada kekasih memerlukan anda bersedia dengan segala kemungkinan pro dan kontra. -

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.

Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.
Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.
Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.


Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro
*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.
*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.
*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.


Kontra

*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.
*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.
*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?
Risiko bercinta dengan sahabat?


Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.
Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.
Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.
Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.
Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba.

Apakah Kita memahami APA itu CINTA?.... CINTA...

* Jika kita mencintai seseorang,kita kan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba.

* Jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup.

* Jangan sesekali mengatakan kita tidak mencintainya lagi jika kita masih
tidak dapat melupakannya.

* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yg masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan utk membangunkan kembali kepercayaan.!

* Jangan simpan kata2 cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yg tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.

* Mungkin Tuhan menginginkan `kita bertemu dan bercinta dengan orang yg salah' sebelum bertemu dengan orang yang tepat kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu

* Cinta dapat mengubah.....pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita,tetapi lebih menyakitkan Mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kita kepadanya.

* Seandainya kita ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kita
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kita terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.

* Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati ,
sehinggalah kita kehilangannya . Pada saat itu, tidak guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kita benar2
menyintainya setulus hati.

* Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

* Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika
tidak , kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan didalam
dirinya.

* Kita tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta, namun apabila sampai
saatnya itu raihlah dengan kedua tangan dan jangan biarkan dia ! pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

* Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

* Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kita tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kita sampai kita melupakan kegagalan kita dan kekecewaan itu.

* Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

* Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tidak akan ada
kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan , kekecewaan dan kehancuran.

Graduate......x sabar friend...

29hb march......lambat lagi tu....kat sebelah ni la...calon2 graduan yang akan naik pentas 29hb march ni....hehehe sikit jer sbb konvo kecik....x kira la konvo kecik ke besar ker...janji naik dan ambik sijil...kadang2 aku pikir...blajar bagai nak rak...tuk naik pentas 5 minit jer...x berbaloi...hehe tapi bkn sbb tu kitorg blajar...sbb ilmu dan permintaan kerja yg semakin tinggi....mmm...tapi rsenya kebnyakan dr kite yang nk konvo ni dah pernah konvo pun sblm ni..jd mgkin ada yang x excited tuk konvo sbb dah pernah naik pentas dl...tp aku tetap excited sbb ni lain dulu lain ma....tuk kawan2 tahniah sbb berjaya menghabiskan pengajian anda dalam peringkat degree...skrang dah pertengahn bln 2...blh la siapkan ape2 yg ptt tuk korang konvo...baju ker,kasut ker...apa2 la..janji x membazir...ala xlh plak nak upload gmbr...br nak tunjuk bakal2 graduan..nnt2 la tunjuk yer...

blog......

hehe... assalamualaikum sume...
alhamdulilah akhirnya wujud gak blog ni....org lain dah lama da buat,aku br nak buat...buat malu jer bdk computer science...br mula2 nak blajar wat blog...mmm.. ape2 pun xpe la janji dah buat..tahniah tuk diri aku sbb dapt blajar bnda br... hahaha, tuk kawan2 klu ade cite ker nak kongsi bg la komen yer...nak komen psl cite aku pun sila2 kan la...daa....